Wednesday, January 6, 2016

Percutian di Kuala Kangsar.

Percutian di Kuala Kangsar.

Bandar Kangsar memang tidak jauh dari tempat saya tinggal sementara berada di kampung. Dikira jarak masa tu, 10 minit atau kurang dari rumah saya. Kalau anda keluar dari  lebuhraya di persimpangan Kuala Kangsar, itulah juga jaraknya kerana surau sebelah rumah saya tu adalah surau yang terdekat dengan tol Kuala Kangsar.

Kami pergi ke Bandar Diraja Kuala Kangsar, dan berhampiran dengan Istana terdapat Masjid Ubudiah, masjid yang cantik pada pandangan saya walaupun lebih kecil berbanding masjid lain. Saya sempat mengambil gambar kenang-kenangan.









Dari masjid ini, kami terus melawat Istana Kuning. Orang kata Istana Kuning tapi betul kot nama dia Istana Kuning. Saya nampak boleh masuk, ini sudah amat menarik. Tapi masuk sikit je kat dalam kawasan pagar. Bukan boleh masuk ke dalam pun. Istana lama ni kalau tak silap dindingnya diperbuat dari bertam.

Ini gambar Istana Kuning.







Ini yang ralat tu. Ralat ke perkataan dia.... Tak dapat masuk.. ada penghadang.



Bertam, kata orang tapi macam buluh. Ada lagi yang serupa bangunan kuning macam ni. Sebuah masjid ke surau. Sekarang ni surau lah. Kalau dari lebuh raya tu, kalau kita pergi bandar belok kanan, yang ni belok kiri dalam 5 minit perjalanan. Ini gambarnya.










Dulu, semasa kecil-kecil, ayah saya bawa tempat yang menarik macam ni tapi hati saya kata entah apa-apa lah tempat ni. Sekarang saya pula tertarik dengan sendirinya. Mungkin dah lama sikit kot...

Ada orang cerita ada orang yang bergaduh sampai ke masjid ni. Orang dulu hebat. Mungkin ditikam pun tak lut. akhirnya sampai ke masjid kuning ni. Cerita lanjut, cari lah orang yang layak bercerita. 

Mungkin banyak lagi bangunan seperti ini. Di kampung saya pun ada sebuah rumah yang diperbuat daripada buluh seperti  ini tetapi tidak berwarna kuning, katanya dahulu merupakan rumah penghulu kampung  yang pertama.









Percutian ke Kuala Kangsar, Perak.

Percutian ke Kuala Kangsar, Perak.


Bagi orang macam saya, percutian ke kampung sendiri itu sungguh menarik sekali. Saya balik kampung cuma setahun sekali maklumlah sudah dibesarkan di Johor Bahru. Kampung saya di Kuala Kangsar pun banyak tempat yang membawa banyak sejarah-sejarah silam.

Kuala Kangsar tu diambil dari nama Kuala Kurang Se. Kurang satu nak cukupkan 100, dari simpang-simpang, kalau bahasa kita yang dah pakai jalan raya. Kurang satu nak cukup 100 dari cabang-cabang sungai Kangsar. 

Di bandar Lenggong dalam 20 minit perjalanan ni terdapat Muzium Arkeologi Lembah Lenggong. Muzium ini telah mendapat award  yang tidak dapat saya ingat.. "entahlah apa nama dia".


Jenuh jugak melawat tempat ni, banyak benda yang kita tak tau. Tapi mana sempat nak baca semuanya. Saya ambil gambar je.





Anak saya pun melihat pameran yang ada, nak baca belum boleh lagi baca,  tengok je lah..⌣⌣

Dari muzium lenggong, kita pergi ke tempat perikanan . Ia bukan tempat perikanan air masin seperti di Johor tetapi perikanan ikan air tawar. Kuala Kangsar ni mana ada laut.  Orang kata kita wajib beli ikan pekasam kat sini tapi saya tak beli pun.



Tak ada laut tapi sungai banyak. Saya sempat pergi ke salah satu dari apa yang orang perak sebut "Late". Kalau anda ke sini, ada akan nampak banyak sungai yang menjadi tempat peranginan di kawasan ini. Yang kami sempat melawat, namanya late kekabu.







Kami tak sempat pergi berenang sebab hari pun hujan.






Monday, January 4, 2016

Percutian ke gua tempurung, Gopeng, Perak.


Percutian saya di Perak, negeri asal, tumpah darah saya. Saya sebenarnya berasal dari Perak tetapi dibesarkan di Johor Bahru. No Kad Pengenalan saya mempunyai no 08 di tengah-tengah sedangkan rakyat Johor mempunyai nombor 01. 

Kali ini di Gua Tempunung, satu tempat yang diketahui ramai sebab ia adalah satu tempat di laluan lebuhraya Utara Selatan tetapi ramai yang tak tahu ia adalah satu tempat yang menarik untuk dilawati.

Ia berada di Gopeng jika mengikut jalan lama, bukan dari lebuhraya. 

Tempat ini  adalah  sebuah gua yang cantik, tetapi saya tidak membawa alat kelengkapan yang baik untuk bergambar di dalam kawasan gelap untuk dikongsikan jadi saya bergambar di kawasan luar Gua Tempurung. Gua tempurung ni ada beberapa tingkat. Apa yang menariknya adalah selain ia adalah sebuah gua, ia juga mempunyai sungai seperti air terjun yang melalui gua tersebut. Satu tempat menarik untuk berkelah juga.



Saya pergi ke sana pada 15 Disember 2012 dan akan ke sana lagi.



Ini sebuah sungai yang melalui gua tempurung.