Sunday, March 20, 2016

Percutian di Johor Bahru -Air Pancut Berirama

Sekira anda hendak mencari aktiviti bersama anak anda pada sebelah malam selain dari pergi makan dan minum di kedai-kedai makan, anda boleh cuba aktiviti ini. Di Johor Bahru, memang terdapat beberapa lokasi di mana anda boleh menyaksikan air pancut dan ada yang berirama.


Di gerbang pintu masuk Istana Bukit Serene terdapat satu air pancut yang berwarna warni dan di sebelah malam terdapat ramai peniaga-peniaga seperti menjual kasut roda, membuat belon buih sabun dan menjual permainan.

Di tasik merdeka, berdekatan dengan nong chik, ataupun bersekaran rtm, juga terdapat air pancut berirama. Juga terdapat penjual pelbagai permainan yang boleh dimanfaatkan di tepi tasik itu. Anda perlu lihat keadaan air pancut berirama sekiranya anda belum pernah kesana kerana keadaan air pancut itu mengikut irama dan anda mungkin tidak menyangka keunikannya.

Ada juga boleh dataran bandaraya yang mungkin terdapat pelbagai aktiviti.
























No comments:

Post a Comment