Sunday, March 20, 2016

Percutian di Taiping, Perak.

Taiping juga terdapat tempat-tempat menarik. Tetapi taiping ini bandar paling lembab di Malaysia, ia hujan hampir setiap petang. Jadi kalau nak melawat kena datang sebelah pagi.

Saya datang Taiping sebelah tengah hari ingatkan banyak tempat yang menarik, tetapi masa tak betul. Saya pergi ke bukit maxwell tetapi mengecewakan, orang semua dah balik.

Untuk tidak mengecawakan, saya singgah di tasek Taiping. Taman tasek atau Lake Gaeden ini menarik kerana ia adalah bekas lombong timah yang tertua di Malaysia. Dikatakan ia dibuka pada tahun 1880.

Taman Tasek ini sesuai jika anda mempunyai anak. Juga terdapat Zoo Taiping di sini, tetapi saya tak sempat mengunjungi zoo Taiping kerana hari sudah petang dan bermulalah hujan. Lain kali, saya tahulah tempat yang paling lembab kita perlu datang awal pagi.

Saya letakkan foto di sini.













Saya dah ingat jalan mudah ke sini. Anda boleh guna aplikasi maps atau wave pada android anda. Papan tanda jalan di sini memudahkan anda mencari tempat ini. Sekiranya anda hendak ke zoo, ianya hanya di sebelah tasik. 


No comments:

Post a Comment